Jumaat, 28 Januari 2011

KEPADA SESIAPA YG BAKAL DAN DAH BERKAHWIN

Sebenarnya banyak amalan yang digunakan kita untuk dijadikan panduan atau amalan dalam hidup seharian. Ianya tak perlukan belanja yang banyak sebab senang cari. Petua orang-orang tua dulu kan banyak. Kadang-kadang kita yang generasi muda ni macam tak percaya saja. Yelah, zaman dah makin canggih kan. Dah banyak alternatif moden. Heh, mana tahu dah terdesak nanti, u ols mesti refer NOTE ni.

Petua dapur

Telur
1. Memperelok telur retak – Telur yang dah retak dapat diperbaiki dengan menjadikan telur rebus yang baik. Bungkus telur yang dah retak tu dengan kertas aluminium atau beg plastik. Bungkus baik-baik ye, sopan-sopan, gunakan jari jemari yang halus mulus macam I ni ha,lepas tu rebus sampai masak


2. Daging lebih empuk – Untuk menjadikan daging empuk dan lazat sehingga menjilat jari, gunakan buah nenas. Kalau buah nenas susah nak cari,mintalah dekat Spongebob.Bila dah dapat buah nenas,cuci daging yang u ols nak masak tu, dengan buah nenas yang dah siap kupas dan dipotong kecil-kecil macam I ni. Then, ramas kuat-kuat bersama daging dan rendamkan together-gether gitu selama setengah jam cukuplah. Tak payah bagi lebih-lebih amboi biasa dia. Lepas tu masaklah daging tu tadi macam biasa, for sure daging tu empuk macam bantal busuk I...HAHA

Ha. Bagi orang yang dah nak kahwin kan, entri ni memang sesuai sangatlah untuk pengetahuan umum kan. Kiranya macam basic lah gitu kan. Nanti jangan sampai suami makan daging yang liat sampai terburai habis semua gigi, sekali tengok, suami u ols dah rongak. Siapa nak jawab kan? Ha, benda macamni penting jugaklah. I kongsi-kongsi dengan uols sekali untuk diri I jugak. Uols nak ke nanti I jemput uols datang birthday party anak sulung I nanti (entah bila lah agaknya) I bagi uols makan daging liat? HAHA okay bye

Tiada ulasan:

Catat Ulasan