Ahmad Ismail June 29 at 12:40am
Karya: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Ruangan Soal Cinta, m/s 46&47, Majalah Solusi Isu No.17
Maklumat lanjut Majalah Solusi sila rujuk: http://www.facebook.com/photo.php?pid=31273483&l=29004e5470&id=1127978616
Kerap diungkapkan cinta itu buta. Apakah benar cinta itu buta? Apakah cinta orang beriman juga buta? Kalau buta yang dimaksudkan itu tidak mampu melihat mana yang hak, mana yang batil, tentulah cinta orang beriman tidak buta.
Tidak! Cinta yang suci tidak buta. Orang beriman tetap celik walaupun sedang dilamun cinta. Mereka masih tahu dan mampu melihat serta menilai yang mana baik, yang mana buruk, yang mana halal dan yang mana haram sewaktu bercinta.
Namun sekiranya buta yang dimaksudkan tidak nampak lagi segala kesusahan demi mendekatkan diri kepada yang dicintainya(Allah)…ya, cinta orang beriman memang buta. Orang yang beriman tidak nampak lagi ranjau duri untuk mendekatkan diri kepada Ilahi.
Sayidina Abu Bakar r.a pernah berkata kepada anaknya: “Jika aku menemuimu dalam perang Badar dahulu, aku sedikit pun tidak teragak-agak untuk membunuhmu!” Mus’ab bin Umair pula pernah berkata kepada ibunya: “Jika ibu punya 100 nyawa dan nyawa itu keluar satu persatu, saya tidak akan meninggalkan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.”
Ya, cinta orang beriman itu buta. Tetapi bukan buta melulu. Yang buta melulu hanyalah cinta orang yang lemah iman. Cinta itu telah dikotori oleh kehendak nafsu dan bujukan syaitan. Apa sahaja yang disuruh oleh nafsu dan dihasut oleh syaitan akan diikuti. Cinta buta oleh orang yang buta mata hatinya sanggup mengorbankan maruah, harga diri malah membunuh demi cintanya. Memang benar kata pepatah Arab, “Seseorang itu menjadi hamba kepada ‘apa’ atau ‘siapa’ yang dicintainya.”
Kalau sudah cinta, kita jadi “buta” terhadap penderitaan, kesusahan dan segala keperitan demi menggembirakan hati orang yang kita cintai. Oleh sebab itu, bertuah sekali jika orang atau apa yang kita cintai itu ialah orang yang baik atau sesuatu yang baik, maka kita menjadi hamba kepada orang yang baik dan kebaikan.
Sebaliknya, jika sesuatu yang kita cintai itu ialah kejahatan atau orang yang jahat, kita akan sentiasa menjadi hamba kejahatan. Firaun mati lemas kerana diperhamba oleh kuasa. Manakala Qarun ditelan bumi akibat diperhamba oleh harta. Dan berapa ramai negarawan, hartawan dan bangsawan yang kecundang kerana cintakan wanita?
Orang mukmin itu sangat cinta kepada Allah s.w.t., mafhum firman-Nya: “Orang Mukmin itu sangat bersangatan cintanya kepada Allah.” (Surah al-Baqarah 2:165)…
***(bersambung dalam bahagian 2 Siri akan datang)***
Tiada ulasan:
Catat Ulasan