1. Telefon suami/isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".
(kbyakan lepas kawen dah xnak wat camni...buang tabiat katanya...apelah...hihi)
2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
(kalo banyak2 takut jemu laks..hehe)
3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.
4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri/suami mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.
5. Bila keluar out station, telefon isteri/suami untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat
sampai.
6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami/isteri adalah ketua rumahtangga dan pendidik.
7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat suami/isteri.
8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
9. Sokong pendapat suami/isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya... ... sekiranya pendapat suami/isteri anda salah, betulkannya.
10. Urut-mengurut suami/isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.
11. Peluk dan belai suami/isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah suami/isteri.
13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan suami/isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.
14. Bila berpegang tangan,jangan biarkan tangan longlai.
15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.
16. Bila makan diluar, jangan harapkan suami/ isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.
17. Sabar bila suami/isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.
18. Beri perhatian yang lebih pada suami/isteri dari orang lain dikhalayak ramai.
19. Lebihkan suami/isteri anda dari anak-anak.
20. Belikan hadiah kecil dari semasa ke semasa seperti minyak wangi, jam atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi
hubungan kasih sayang dengan suami/isteri
21. solat berjemaah bersama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan