Jumaat, 28 Januari 2011

WANITA, CINTA DAN AWET MUDA

RAP- Selalunya kita sebagai seorang wanita ni, ada yg selalu sangat takut muka nampak berkedut. Nak coba ni la, tu la... Tapi tak juga berkesan. Marah?? Kecewa?? Menyesal kerana beli mahal-mahal tapi tak berkesan??? Haaa, ni RAP titipkan artikel ni untuk kita sama-sama mencobanya... Tak perlu berhabis-habisan dan tak perlu menabur wang ringgit... :)

.................................................

Cinta dan Awet Muda, dua subjek yang mempunyai mempunyai pengaruh yang amat besar dalam diri setiap wanita. Bagi wanita yang dirinya berada didalam alam cinta, yakni bercinta dan dicintai, berkasih dan dikasihi, menyayang dan disayangi, ekspressi muka mereka mempunyai terjemahan tersendiri. Mereka selalunya nampak ceria, mudah tersenyum, lebih berkeyakinan dan gemar bergaya.

Mitos mengenai cinta ada menyatakan, jika didalam diri seseorang wanita itu dipenuhi dengan cinta dan kasih sayang, secara tidak langsung ianya akan membawa kesan Awet Muda, kerana cinta diibaratkan sebagai salah satu terapi minda dan jiwa yang amat berkesan dalam melambatkan proses penuaan seseorang wanita. Didalam sebuah buku karangan seorang pengkaji perilaku manusia yang bertajuk "Lets Touch : How and Way To Do It", mengatakan yang belaian, sentuhan, usapan, ciuman,cumbuan yang penuh dengan rasa cinta mempunyai kepentingan sama seperti keperluan asas manusia iaitu makanan,pakaian, pekerjaan dan tempat perlindungan. Hahhhh..begitu besarnya peranan cinta kepada kita!!

Ironinya, cinta adalah kebahagian. Dan apabila seseorang itu sentiasa berada didalam bahagia, bibir akan sentiasa menguntum senyuman, apabila bibir tersenyum, sedikit warna merah keceriaan mula timbul dipipi. Menurut sebuah buku mengenai kecantikkan senyuman sebenarnya mengerakkan banyak otot-otot muka manusia dan kemerahan yang timbul dipipi ketika manusia tersenyum, merupakan satu proses pengaliran darah yang baik dan sempurna, berbanding dengan perjalanan darah yang terjadi ketika urutan kecantikkan muka (facial massage). Untuk menjaga tubuh badan yang cantik dan sihat, kita selalunya mengamalkan senaman dan memakan makanan yang baik untuk pengaliran darah. Begitu juga untuk muka, untuk mendapatkan wajah yang cantik, kita memerlukan senaman dan pengaliran darah yang seimbang ke muka. Jadi senyuman adalah caranya.

Hari ini, kita mendapati terlalu banyak produk dipasaran yang dikatakan dapat menjadikan kita awet muda. Dari berbentuk minuman, makanan, haruman, alat solek, pakaian dalam dan sebagainya. Harganya pulak..hmmmmm..kadangkala hampir mencecah sebulan gaji kita. Namun, keberkesanannya masih lagi diragui. Dan "hidupnya" produk-produk ini ialah kerana wanita. Selalunya wanita sanggup membelanjakan duit yang banyak dalam mengejar awet muda ini. Mungkin juga terpengaruh dengan model ataupun jurucakap sesuatu produk itu, yang selalunya menjadikan selebriti-selebriti wanita yang cun melecun sebagai duta bagi produk mereka.

Teringat saya pada pepatah :

The beauty of woman is not in the clothes she wore, the figure she carries, or the way she puts make up,The Beauty of woman must be seen from her eyes and The True beauty in a woman is reflected in her soul.

Daripada berhabisan ribuan ringgit untuk mencari ubat awet muda , apakata mulai hari ini, kita mulakan langkah pertama kearah awet muda dengan bercinta. Cinta kepada Pencipta,cinta kepada rasul,cinta kedua ibu bapa dan cinta kepada umat Islam, yang pasti cinta itu harus ada didalam diri setiap wanita.

Kerana cinta itu merupakan vitamin dan jamu yang paling mujarab untuk kelihatan awet muda. Hiasilah taman didalam diri kita dengan bunga-bunga cinta, kerana semerbak haruman asmara yang terbit dari bunga-bunga cinta ini memberikan wangian kepada jiwa yang tidak ternilai harganya.

.............................................

RAP- Selamat mencoba.... :)

Terima kasih kepada pemilik http://ms.shvoong.com/books/guidance-self-improvement/1917868-wanita-cinta-dan-awet-muda/ kerana telah mengongsikan artikel yg amat berguna ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan