Selasa, 15 Februari 2011

AKHLAK ISTERI KEPADA SUAMI KETIKA HAMIL

AKHLAK ISTERI KEPADA SUAMI KETIKA HAMIL
Sebagaimana suami, isteri juga hendaklah menjaga & menunjukkan akkhlak & budi pekerti baik terhadap suaminya. Lebih-lebih lagi dlm keadaan dirinya yg sedang hamil. Semoga dgn itu keharmonian rumahtangga akan dpt dijaga & sekaligus kandungan akan berapa dlm keadaan selamat. Antara akhlak yg perlu ada pada isteri;
1-       Hendaklah menunjukkan sifat kasih syg kepada suami, seperti yg perlu dilakukan si suami terhadapnya.
2-       Hendaklah menjaga lidahnya daripada menyebut kata-kata yg keji & kasar. Gunakanlah kata-kata yg manis & lembut ketika berbicara dgn suami.
3-       Taati perintah suami selagi ia tidak bercanggah dgn perintah Allah s.a.w.
4-       Jgn cerewet & menimbulkan banyak karenah dlm rumahtangga.
5-       Berjimat dgn apa yg ada & jgn bebani suami dgn hutang. Tanamkan perasaan syukur dgn apa yg ada.
6-       Hormati hak & kelebihan suami serta hormati keluarganya.
7-       Diamkan diri & jgn meninggikan suara ketika suami sedang marah. Semoga dgn mendiamkan diri akan dpt melembutkan hati suami.
8-       Jgn berprasangka, ragu & was-was terhadap tindakan suami. Jgn suka menyembunyikan perasaan atau masalah, berterus-teranglah pada suami.
9-       Jgn merendah-rendahkan atau menyalahkan suami di hadapan org lain kerna itu akan menyinggung perasaan suami.
10-      Jauhi daripada mencungkil rahsia-rahsia lama suami yg tidak dia sukai & jgn sengaja mencari-cari kesilapan suami.
11-       Elakkan & jauhi daripada perasaan mencintai lelaki lain daripada mencintai suami sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan