Saya masih belum berkahwin, sudah mempunyai teman lelaki, saya sudah mengenali dia sudah setahun lebih, masalahnya sekarang si dia ni tak pernah layan saya seperti makwe dia, tak pernah bertanya khabar, tak pernah ambil tahu tentang hal saya, begitu berbeza dgn kawan2 saya yang lain.., sampai saya terfikir adakah saya ni mempunyai teman lelaki? Kadang2 hati saya jadi sedih kerana langsung tiada perhatian dari si dia..sedang saya dilanda kesedihan dan masalah, langsung tidak di tanya, jika saya call dia pun, dia tak pernah bertanya jika saya ada masalah atau tak.., sedangkan dahulu dia yang beria-ia untuk memulakan hubungan ini.., beria-ia nakkan saya jadi teman wanitanya..., baru-baru ni saya bertanya padanya samada dia kisah atau tak jika ada yang cuba memikat saya, si dia bertanyakan soalan tersebut kembali pada saya sudah tentu saya menjawab saya kisah kerana dia teman lelaki saya.., tapi langsung tiada jawapan dr dia., saya sampai terfikir yang sidia tak serius pun dalam hubungan ini..,tolong la bantu saya.., sya betul2 buntu...
-ANNE- (bukan nama sebenar)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan