Selasa, 15 Februari 2011

AKHLAK SUAMI TERHADAP ISTERI YG HAMIL

AKHLAK SUAMI TERHADAP ISTERI YG HAMIL
Sebagai seorang suami pula, kita mestilah mestilah mempunyai akhlak yg baik terhadap isteri kita, tambahan pula dlm keadaan isteri yg hamil. Janganlah hendaknya suami bersikap sambil lewa dan menunjukkan sikap tidak bertanggungjawap. Beberapa perkara yg perlu dipenuhi oleh suami terhadap isterinya;
1-       Sentiasa menunjukkan sikap kasih sayang terhadap isterinya sebagai teman hidup yg paling hampir dengannya.
2-      Sentiasa berlaku jujur dengan isteri dan jangan sesekali bersikap kejam terhadapnya.
3-      Jauhilah daripada mengeluarkan kata-kata yg boleh menyinggung perasaannya sekalipun dlm keadaan marah. Apabila dlm keadaan marah sekalipun hendaklah kawal diri dgn sebaik-baiknya, tenangkan diri, perbanyakkan istigfar dan bersalawat, ambil wudhu dan ingatkan kembali kenangan manis dan jasa isteri terhadap kita selama ini.
4-      Jangan mudah melafazkan perkataan ‘talaq’ ketika isteri sedang hamil, kerna ini boleh menyebabkan emosi & kandungannya terganggu.
5-      Elakkan daripada merendah-rendahkan isteri dihadapan orang lain sebaliknya sentiasalah menyenangkan hatinya.
6-      Hargai & berikan pujiandi atas segala pemberian & pengorbanan isteri.
7-      Bantulah isteri dlm mengerjakan kejra-kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah, membasuh pakaian dan sebagainya.
8-      Fahami keadaan dan masalah isteri dgn mengambil berat tentang perasaan & kesihatannya.
9-      Beri semangat & perangsang kepada isteri dlm melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat. Tenangkan hatinya selalu apabila mengalami kesusahan & kesulitan.
10-      Bantu isteri utk melakukan kebaikan dan ibadah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan