AMALAN-AMALAN SEMASA MENGANDUNG
Seorang wanita yg mengandung perlu memerhatikan beberapa langkah awal utk menjamin anak2 yg di dlm kandungan supaya berada dlm keadaan sihat dan menjadi bakal anak yg soleh. Beberapa perkara yg perlu diperhatikan adalah seperti;
a) Memperbanyakkan mengingati Allah s.w.t. dgn memohon ampun & taubat.
Perkara seperti ini sangat digalakkan kpd ibu2 yg hamil supaya dgn amalan ini mudah-mudahan
Allah mengampunkan segala dosa yg telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hatinya daripada perasaan yg tidak baik dan mentaqarrubkan lagi diri dgn Allah s.w.t. Dengan ini juga diharapkan agar anak yg bakal lahir nanti akan bersih hatinya dan ibu juga dapat bersalin dgn tenang & baik. Sebenarnya bukan ibu sahaja yg perlu bertaubat tetapi bapa juga agar kedua-duanya dapat membersihkan diri daripada segala dosa disamping mendapat keampunan daripada Allah.
Perempuan yg hamil juga digalakkan supaya banyak bermunajat ke hadrat Allah s.w.t. dan memohon doa kepadaNya supaya anak dlm kandungan sentiasa sihat dan agar dipermudahkan Tuhan bagi ibu tersebut melahirkan anak. Doanya ;
“dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dlm kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yg tiada meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia daripada kandunganku dgn kelahiran yg mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sempurna, Ya Allah elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya utk membaca hadis dan Al-Quran dgn berkat Nabi Muhammad s.a.w.”
b) Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama.
Bagi perempuan yg hamil juga adalah dituntut supaya memperbanyakkan amal ibadat seperti
mendirikan sembahyang di waktu malam, sembahyang-sembahyang sunat, sentiasa menutup aurat. Manakala si suami pula adalah dituntut sama utk memperbanyakkan ibadat, berpuasa sunat terutamanya pada hari-hari yg disunatkan iaitu pada hari Isnin & Khamis. Ibu yg hamil juga adalah digalakkan utk membaca makthurat terutamanya setiap kali selepas sembahyang.
c) Memperbanyakkan membaca Al-Quran
Ibu-ibu yg mengandung adalah digalakkan memperbanyakkan membaca Al-Quran dan memahami isi kandungannya. Antara ayat-ayat Al-Quran dan surah-surah yg elok dibaca ialah surah Al-Fatihah, surah Yaasin, surah At-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah An-Nahl iaitu ayat ke 78 dan surah Al-A’raf ayat 189. Dengan membaca surah & ayat ini selain daripada ibadah ianya juga boleh utk mempermudahkan bersalin, mendapat anak yg sihat sempurna, anak yg soleh dan solehah, anak yg patuh dan taat kepada Allah dan Rasulnya.
d) Sentiasa berakhlak yg baik
Bagi ibu-ibu yg hamil hendaklah sentiasa menjaga akhlaknya dan bersikap baik terhadap jiran
tetangga, tidak suka berborak-borak kosong dgn jiran kerana sikap yg tidak elok ini boleh mempengaruhi sikap anak yg akn dilahirkan nanti. Perbanyakkanlah membaca ayat-ayat Al-Quran daripada berborak-borak kosong.
Demikianlah amalan yg dituntut bagi ibu yg hamil utk mengamalkannya. Semoga Allah akan
Memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yg bakal dilahirkan nanti akan menjadi anak yg betul-betul mentaati Allah, Rasul dan ibu bapanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan