Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi rumahtangga yang telah terbina sekian lama., pasti akan ada konflik yang melanda.. Di sini RAP memberikan tips-tips untuk para suami dan isteri semua.
1. CIPTA KESERASIAN.
- Setiap pasangan ada kelamahan dan juga kelebihan.., Cuba terima kelemahan dan kelebihan pasangan untuk cipta keserasian bersama. Keserasian sebenarnya sukar untuk di perolehi begitu sahaja. Ia perlu di cipta bagi mengeratkan hubungan yang dingin. Cuba dekati pasangan dengan mengetahui minat dan kegemaran mereka., Pastinya pasangan anda akan lebih senang berbicara dan berkongsi pendapat dengan anda.
2. JANGAN BERPRASANGKA BURUK.
- Cuba jangan cepat berprasangka buruk dengan pasangan bila ada yang bercerita perkara-perkara buruk tentang pasangan. Selidik lah terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Cuba berkomunikasi dgn pasangan secara lembut dan tenang. Jangan cuba mengungkit tentang segala pemberian/kesilapan/perkara-perkara yang boleh membuat hubungan menjadi renggang dan penuh prasangka.
3. KESAN DARI AWAL
- Sebarang perubahan pasangan pasti akan di lihat walaupun tidak di beritahu. Cuba perhatikan cara, perbuatan, percakapn dan tingkah lakunya dahulu. Jika ia benar, jangan cepat melenting,. Cuba atasi dengan bersemuka. Bawa berbincang dengan tenang, insya-Allah pasti akan lancar segalanya.
4. BANTU PERBAIKI KESILAPAN/KELEMAHAN
- Jika pasangan anda mengakui kesilapan yang telah di buat, jangan buat tak endah padanya. Bantu pasangan untuk mengubahnya dengan memberi sokongan dan motivasi kepadanya. Sekali lagi mahu di nyatakan, jangan cuba mengungkit kisah2 yang lepas setelah pasangan betul2 ingin berubah.Bila si dia hampir melakukan kesilapan yang sama, tegurla dgn lembut.
5. ELAKKAN DIRI DARI ''PAKAR YANG TIDAK DI SUKAI"
- Jika anda sedang mangalami konflik, elakkan diri dari mereka2 yang suka menyebarkan cerita2 yang boleh membuatkan rumahtangga anda runtuh sama sekali. Jika anda betul2 inginkan bantuan rakan/saudara/keluarga, pilihla mereka2 yang boleh membantu dan menjaga aib rumahtangga anda.
6. AMALKAN KOMUNIKASI YANG BAIK
- Dalam pergaulan suami dan isteri, komunikasi amatlah penting sekali. Gaya tutur kata dan bahasa haruslah di ketahui dan di pelajari. Pertuturan yang lemah lembut bisa membuatkan hati yang sedang panas menjadi sejuk. Jagalah pertuturan anda ketika bersama pasangan kerana ia boleh membuatkan hati pasangan terluka atau tersentuh .
7. WUJUDKAN KECERIAAN
- Cubalah bergurau senda dengan pasangan . Cari topik untuk membuatkan suasana tidak sunyi dan tegang ketika bersama pasangan, Perubahan di dalam rumah juga boleh membuatkan rasa ceria itu hadir. Contohnya kawasan kejiranan, rumah yang di cat dengan warna yang ceria..haaa, jangan salah kerana ia memang boleh mempengaruhi sifat kita. , Selain itu, sesekali ape la salahnya jika buat lawak jika ia boleh membuatkan pasangan anda terhibur dan ketawa....kan ia boleh membangkitkan keceriaan dalam rumahtangga? Tak perlu malu untuk melakukannya kerana pasti pasangan anda akan tertarik untuk bergurau dengan anda.....
Ini sahaja yang dapat RAP kongsikan.. Jika ada kesilapan maafkan la.. Yang Silap itu datang dari saya, Yang baik itu datangnya dari ALLAH..
Sekian..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan