Selasa, 15 Februari 2011

ZIKIR DAN DOA SEMASA HAMPIR MELAHIRKAN

Amalan berzikir & doa amatlah dituntut bagi ibu-ibu yg hamil melakukannya kerana dgn berzikir & berdoa dapat mententeramkan fikiran dan dapat memupuk kesabaran ketika dlm kesakitan melahirkan nanti.
Antara zikir & doa yg disuruh mengamalkannya ialah:
رب هب لي من لد نك ذر ية طيبة انلك سميع الدعاء
“Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisiMU zurian (anak) yg baik sempurna (tidak cacat). Sesungguhnya  Engkau sentiasa mendengar  dan menerima rayuan dan doa hamba MU”

لااله الاانت سبحانك اني كنت من الظالمين
Tiada Tuhan yg disembah melainkan Engkau (Allah), Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yg zalim.

Bagi mendapatkan bakal anak yg soleh bacalah doa ini:
رب هب لي من الصالحين
“Tuhanku berilah kepadaku (seorang anak) dari anak-anak yg soleh”.

Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:
حسبنا الله ونعم الو كيل علي الله توكلت
“Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yg ku serah diri kepada Allah”.

Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat Al-Kursi:

“Tiada Tuhan yg sebenarnya melainkan Dialah yg hidup kekal berdiri dengan sendirinya. Tiada dipengaruhi oleh rasa mengantuk dan tidur, Tuhan mempunyai segala yg terdapat di langit dan apa yg ada di bumi. Tiada seorang pun yg sanggup member syafaat disisiNya kecuali dgn izinNya. Tuhan mengetahui apa yg ada disisi mereka, dihadapan dan dibelakang. Sedang mereka tidak mengetahui sesuatu daripada ilmuNya melainkan yg dikendakiNya. Lebih luas kursinya sepenuh langit dan bumi. Tidak berat bagi Allah memelihara kedua-duanya dan Allah Tinggi lagi Maha Agong.

Kemudian membaca:
ان ربكن الله الذي خلق السموت والارض وما بينهما في ستة ايام ثم
استوي علي العرش يغشو الليل النهار يطلبه حثيثا والشمس والقمر
والنجوم مسخرات بامره الاله الخلق والامر تبارك الله رب العالمين
“Bahawasanya Tuhanmu, ialah Allah yg telah menjadikan langit dan bumi yg diantara keduanya didalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dgn cepat. Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dgn perintahNya. Ketahui olehmu, Allah yg mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah semesta alam”.

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:
سبحانالله
Maha Suci Allah

استغفر الله
“aku pohon ampun kepada Allah”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan