Ahad, 13 Februari 2011

BERSABARLAH MENGHADAPI ISTERI YG KUAT MEMBEBEL.

Ramai di antara para suami yg tidak tahan dengan karenah isteri yg selalu dan asyik membebel setiap hari masa dan ketika. Meski kita tau, apa yg dibebelkan kdg ada benarnya, cuma keegoan seorang suami tidak pernah mahu mengakui kebenaran itu. Tapi tidak dinafikan, ada juga bebelan yg tidak berasas langsung, tapi biasalah dah ditakdirkan perempuan ada sembilan nafsu dan satu akal. So, membebel aje la kerjanya bila hati tidak merasa puas dgn segala sesuatu.

Tapi izinkan RAP menceritakan satu kisah tentang bebel membebel ni. RAP harap sangat agar suami-suami yg membaca kisah ni akan menempatkan EGO di tangga yg kedua. *nak buang habis pun x boleh jugak kn.. ;)

<3 RAP <3

Pernah pada suatu ketika, datang seorang lelaki ke rumah Khalifah Umar Ibn Khattab r.a. untuk mengadukan karenah isterinya. Setelah menunggu beberapa lama di hadapan pintu rumah Khalifah Umar, tiba-tiba dia terdengar suara isteri Khalifah Umar sedang marah-marah, tetapi Khalifah Umar tidak berkata walau hanya sepatah pun. Khalifah Umar hanya mendiamkan diri dan tidak menyahut. Melihatkan keadaan itu, lelaki tersebut melangkah pergi meninggalkan tempat itu sambil berkata pada dirinya sendiri, "Kalau keadaan Amirul Mukminin seperti itu, apa lagilah keadaanku?"

Tetapi sebaik sahaja dia hendak melangkah pergi, Khalifah Umar keluar dan memanggilnya. Umar bertanya kepadanya, "Apakah tujuan kedatangan mu?"  Lalu lelaki itu menjawap, "Ya Amirul Mukminin, aku datang untuk mengadu kelakuan isteriku. Dia sangat cerewet dan selalu menghamburkan kata-kata kesat terhadapku. Akan tetapi, apabila aku sampai kesini, aku dengar isteri Tuan juga sama seperti isteriku."

Lalu Khalifah Umar menjawab, " Aku tabah dan sabar menghadapi kenyataan itu kerna dia telah menunaikan kewajipan dengan baik terhadap diriku. Dialah yg memasak makananku, dialah yg membuat roti bagiku, dialah yg mencuci pakaianku, dialah yg menyusukan anak-anakku, padahal itu bukan kewajipan baginya. Dan dialah juga yg mententeramkan hatiku sehingga aku dapat menjauhkan diriku daripada perbuatan yg haram. Kerana itulah aku tabah dan sabar mendengarkan apa sahaja yg dikatakannya mengenai diriku."

Lelaki itu menyahut, " Ya Amirul Mukminin, demikianlah juga isteriku." Lalu Khalifah Umar menasihatinya, " Saudara, bersabarlah menghadapi isterimu kerana keadaannya itu hanya sebentar saja."

<3 RAP <3

Dengan itu wahai sahabat-sahabat dan suami-suami, tidak rugi jika kita jadikan kisah ini sebagai panduan hidup kita sehari-hari apalagi buat suami yg bernasib baik kerna memiliki seorang isteri yg selalu membebel asyik pot pet pot pet setiap hari. Buat para isteri pula, janganlah asyik nak pot pet pot pet setiap hari, nanti telinga suami ada masalah isteri jugak yg susah... Sama-sama kita ambil ikhtibar melalui cerita ini.. Semoga mendapat manfaat demi sebuah rumahtangga yg bahagia.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan