Rabu, 2 Februari 2011

8 PETUA-PETUA GADIS PERAWAN

Dalam masyarakat tradisi Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk
perawan (anak dara) yang elok dilakukan agar sentiasa dipandang
menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan
petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah
berkahwin dan telah mempunyai anak. Petua-petua berikut adalah
koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.

1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan
ketilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu
bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan
badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinva
menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan
sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika
mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia
kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita,
dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka
tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau
air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa
subur dan segar, tidak mudah jatuh.

4. Taman Semerbak Mewangi
Amalkan makan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi
baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan
sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah
diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak
buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula
otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar,
berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak
panas. SeIalu minum air asam jawa.Berlatih bercakap dengan mengawal
nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan
bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan
memicit kawasan antara urat keting dan buah betis.Lakukan selalu,
kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa
apabila jima' setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau
malam,kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan