SOALAN
Saya akan melangsungkan perkahwinan dalam masa yang terdekat ini. Masalah saya ialah bakal isteri saya terlalu takut untuk menghadapi malam pertama. Dia selalu mendesak saya supaya mencari dan mempelajari kaedah atau cara-cara yang difikirkan sesuai untuk memecah dara di malam pertama nanti dengan harapan supaya tidak terlalu sakit.
Soalan saya ialah, adakah terdapat cara untuk mengurangkan rasa sakit bakal isteri saya semasa melakukan hubungan seks kali pertama?
JAWAPAN
Bismillahirahmanirahim.
Salamualaikum wbt. semoga diri saudara di dalam keadaan sihat walafiat dan di dalam rahmat Allah.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara dan bakal isteri kerana akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Semoga pertalian kasih dan sayang saudara dan isteri akan kekal hingga ke anak cucu.
Berkaitan dengan malam pertama, memang benarlah apa yang diminta oleh bakal isteri saudara. Setelah sekian lama dia mempertahankan mahkotanya untuk saudara maka saudara perlulah mengambil inisiatif untuk meleraikannya dengan penuh teliti dan penghormatan. Apabila dia akan menyerahkan kehormatannya kepada saudara maka saudara perlulah menyambutnya dengan penuh rasa hormat dan tanggung jawab. Di situlah letaknya kepentingan mahkota dan kepentingan malam pertama itu. Beruntunglah saudara dapat memilikinya pada malam yang pertama itu dan beruntung jugalah bakal isteri saudara juga menerima mahkota saudara pada malam yang pertama itu juga. Soal sakit, adalah merupakan faktor psikologi. Jika saudara gopoh dan tak sabar, mungkin isteri belum bersedia, maka di situlah kesakitan itu akan berlaku. Tetapi jika saudara seorang yang penyabar, romantis, maka segala kesakitan akan tidak terasa lagi.
Berkaitan dengan ini banyak buku-buku yang berkaitan dengan malam pertama yang dijual dipasaran. Dapatkanlah sebuah buku yang sesuai yang menunjukkan cara-cara melakukan jima' yang baik dan mengikut tuntutan agama.
Di antara yang perlu anda fikirkan untuk melakukan istiadat pada malam pertama tersebut ialah:
1. Jaga kebersihan diri anda dan pasangan anda. (Seelok-eloknya mandi dan bersihkan badan dan pakai wangi-wangian) Maklumlah siang tadi bekerja keras di arak ke sana ke mari.
2. Wujudkan suasana yang damai dan romantik. Pastikan tempat tidur anda rapi dan kemas. Tidak ada lagi dulang hantaran dan pelbagai hadiah bersepah di atas tempat peraduan anda.
3. Pastikan pakaian anda sesuai untuk pakaian tidur. Bukannya pakaian pendekar yang anda pakai pada siang hari tadi.
4. Beri fokus kepada permainan sebelum melakukan jima'. Seperti belaian, picitan, bisikan kata-kata indah, ciuman dan seumpamanya. Ingat, orgasm atau nikmat puncak wanita bukan hanya terletak pada alat kelaminnya semata-mata, tetapi ia berada pada banyak tempat. Tidak sama seperti lelaki. Perkara ini boleh anda pelajari dari banyak buku yang terjual di pasaran.
5. Memasukan zakar ke dalam faraj hanyalah apabila pasangan anda memang telah bersedia sepenuhnya dan lakukanlah dengan hati-hati agar kesakitan yang dirasai itu bersulam dengan kenikmatan yang anda dapat berikan. Kesakitan berlaku, apabila isteri belum lagi dapat menerima dan menikmati puncak kenikmatan yang sepatutnya dirasai. Kesakitan ini berlaku apabila suami hanya mementingkan keseronokan dan kenikmatan dirinya sendiri. Anda akan dapat mengenali dan mengetahui sama ada isteri anda telah bersedia untuk menerima kemasukan itu.
Diharap petua-petua di atas dapat membantu saudara melaksanakan tugas pada malam pertama itu dengan jayanya. Kalau tidak berjaya pada malam pertama, jangan risau kerana saudara ada lagi pada malam kedua, ketiga dan seterusnya. Tetapi malam pertama adalah saat yang sesuai dan saat yang dinantikan oleh semua bakal suami dan isteri.
Sekian terima kasih.
Wasallam.
Ramlan Hamzah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan