Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a., Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah r.a terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengaduh kesakitan..
Fatimah mengatakan kepada bapanya, apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah,. Rasulullah s.a.w dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu, bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah r.a terkejut.
Rasulullah s.a.w menyambung kata-katanya lagi., Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
1. Pohon semalu akan kuncup apabila di sentuh. Ini boleh di ibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu ( pada tempatnya).
2. Pohon Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu wanita perlu tahu mempertahankan dirinya
dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
3. Pohon semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah
mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan ALLAH Rabbul Alamin.
4. Yang terakhir, Pohon Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke
rumahmu apabila waktu semakin senja .
Ambillah pengajaran dari Pohon Semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan