Seorang fans RAP (Siti Munawarah Ishak) bertanya;
- salam.....sekadar ingin perkongsian bersama.....jika diperhatikan hari ini ramai wanita bujang memeilih suami org sebagai pasangan hidup....sedangkan si bujang ini mempunyai paras rupa dan pendidikan yg tinggi......mengapakan pilihan si bujang ini tertarik pada suami org...sedangkan hakikatnye mereka mengetahui kedudukan sebenar bahawa hubungan itu melalui jalan yg sukar serta kemungkinan cinta tidak kesampaian dan pastinye kekecewaan menanti di kemudian hari.....walaupun risiko perhubungan itu adalah tinggi ttp si bujang msih meneruskanya atas tuntutan hati dan perasaan.....apakah sebenarnya yg menarik perhatiaan wanita2 bujang di luar sana pd suami2 org ini.......adakah lelaki bujang skrang kurang berkualiti......ataupun wanita2 bujang ini ingin menumpang kesenangan dan kebahagiaan org lain......Wahai kwn2 di RAP....tolong bg komen skit.....nk tgk apa pandangan dan pendapat korang semua.....tq;)
***-_-***-_-***-_-***
RAP- Agak sukar sebenarnya masalah ini. Apalagi yg empunya badan(isteri) pasti akan merasa sakit hati. Si isteri pasti akan merasa rendah diri & berkecil hati. Sudah pasti isteri tertanya-tanya, apakah dia sudah tidak elok & tidak mantap lagi buat suami? Suami mungkin berasa bangga kerna dicintai oleh 2 wanita(isteri & kekasih). Sang kekasih juga mungkin sedang berbahagia kerna lelaki yg dicintai bakal menjadi suami. Tapi sayang, suami dan si kekasih tadi lupa bahwa ada sekeping hati yg terluka. Mulut mungkin mengatakan rela di madu, tapi hati meratap syahdu. Ingatlah wahai lelaki, seorg isteri akan selalu berkorban agar suami yg dicintai sentiasa merasa bahagia, sekali pun suami ingin berkahwin lagi(namun tidak semua isteri semulia ini). Maka jika lelaki bertemu seorang isteri yg mulia hatinya, Rugilah suami jika mempersiakan isteri tersebut.
Wahai wanita, menjadi isteri kedua mungkin tdk akan seindah yg disangka. 1001 mcm persoalan mungkin akan menimpa. Tidak semua perkahwinan yg berpoligami ini berjaya. Kalau adapun hanya 2 dari sepuluh pasangan yg ada. Terlalu banyak rintangannya. Berfikirlah semasak-masaknya sblum memilih utk bercinta dgn suami org. Kenangkanlah, mungkin pasangan itu sudah mempunyai anak. Muhasabahkan diri, sanggupkah anda meragut kebahagian si kecil hanya kerana cinta anda pada ayahnya? Sanggupkah anda melukai hati & perasaan kaum mu sendiri? Bagaimana jika anda berada ditempat isteri tersebut dan seorg wanita lain ingin berkongsi suami anda? Sanggupkah anda? Jika jawapannya adalah tidak, maka berundurlah. Mungkin di luar sana telah ditakdirkan seorg bujangan yg khusus utk anda. Bukakan mata dan lihatlah sekeliling, pasti ada seseorang sedang menanti kedatangan anda. Dengarkanlah, mungkin ada seseorang sedang memanggil namamu.
Seorang bujangan bukannya tidak berkualiti, malah lebih berkualiti dari yg sudah berkahwin. Andai yg sudah berkahwin itu masih mencari cinta yg lain, maka setelah memiliki anda, pasti dia akan ulang perkara yg sama. Memilih suami org atas dasar lebih berpengalaman? Tidak mungkin. Bujangan juga akan ada pengalamannya yg tersendiri apabila sudah mendirikan rumahtangga sendiri kelak. Nah itu baru boleh dikatakan berbulan madu, sama-sama baru, saling belajar dan pandainya pun seiring. Malah kenangan sama-sama mencari 'pengalaman' itu akan menjadi kenangan yg sangat indah.
Berkahwin dgn suami org untuk menumpang kesenangan org? Mungkin ada sebahagiannya berfikiran begitu. Tapi renungkanlah, akan senangkah hidup anda bila anak-anak & isteri lelaki tersebut sering mencari perhatian dari suami/ayahnya? Akan senangkah anda bila si suami itu melebihkan anak-anak & isterinya dari anda?
Namun jika dia adalah jodoh anda(suami org), maka susah atau senang jlnnya jodoh anda pasti akan bertemu jua. Isteri juga kenalah redha dgn ketentuan Illahi. Anak-anak juga seharusnya pasrah. Jika pasangan tersebut tidak punya anak, mungkin itu salah satu penyebab mengapa si kekasih tadi sanggup utk menjalin perhubungan dgn suami orang. Mungkin Allah berikan anda(isteri) peluang utk berbakti kpd suami meski kini kasih telah terbahagi dua. Kepada si kekasih tadi, Belajarlah untuk saling berkongsi & memberi. Agar bila sudah hidup bermadu kelak, kehidupan anda semua akan lebih harmoni & bahagia tanpa ada hati yg terluka. Mungkin ada Hikmah disebalik jodoh yg telah tersurat & tersirat...
WallaHuWa'Lam
***-_-***-_-***-_-***
Apapun, ini hanya pendapat Nz, anda semua bagaimana?
Kepada wanita yg berwatak kekasih kepada suami org, Sila layari link ini:
http://surainasamsuri.blogspot.com/2010/05/bahagiakah-hidup-bermadu.html
Tapi seboleh-bolehnya, carilah pasangan yg sama-sama bujang. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan